Bumi Rumah Hijau Bumi Rumah Hijau dan Bumi Rumah Air Batu

"Bumi rumah hijau" ialah tempoh apabila tiada glasier benua wujud di mana-mana permukaan planet Bumi ini.[6] Selain itu, paras karbon dioksida serta gas rumah hijau lain (seperti wap air dan metana) adalah tinggi, dan suhu permukaan laut (SST) berjulat daripada 28 °C (82.4 °F) di kawasan tropika sehingga ke 0 °C (32 °F) di kawasan kutub.[7] Bumi telah berada pada keadaan rumah hijau selama kira-kira 85% daripada sejarahnya.[6]

Keadaan rumah hijau ini tidak boleh dikelirukan dengan hipotesis kesan larian rumah hijau, yang merupakan titik penghujung yang tidak dapat dipulihkan. Hal ini pula berpadanan dengan kesan larian rumah hijau yang berterusan di Zuhrah.[8] IPCC menyatakan bahawa "suatu 'kesan larian rumah hijau' yang bersamaan dengan (kesan pada) Venus nampaknya hampir tiada peluang untuk didorong oleh aktiviti antropogen."[9]

Punca

Terdapat beberapa teori tentang bagaimana Bumi rumah hijau boleh wujud. Proksi iklim geologi menunjukkan bahawa terdapat korelasi yang kuat antara keadaan rumah hijau dan tahap CO2 yang tinggi.[1] Walau bagaimanapun, kesedaran terhadap paras CO2 yang tinggi adalah penting untuk ditafsirkan sebagai penunjuk iklim Bumi, bukannya sebagai pemacu bebas. Terdapat fenomena lain sebaliknya berkemungkinan memainkan peranan penting dalam mempengaruhi iklim global dengan mengubah arus lautan dan atmosfera[10] serta meningkatkan jumlah bersih sinaran suria yang diserap oleh atmosfera Bumi.[11] Fenomena sedemikian mungkin termasuk tetapi tidak terhad kepada peralihan tektonik yang mengakibatkan pembebasan gas rumah hijau (seperti CO2 dan CH4) melalui aktiviti gunung berapi.[12] Gunung berapi membebaskan sebahagian besar CO2 dan metana ke atmosfera apabila ia berstatus aktif, seterusnya berupaya memerangkap haba yang cukup untuk menyebabkan kesan rumah hijau. Di Bumi, kepekatan atmosfera gas rumah hijau seperti karbon dioksida (CO2) dan metana (CH4) adalah lebih tinggi, memerangkap tenaga suria di atmosfera melalui kesan rumah hijau. Metana yang merupakan komponen utama gas asli bertanggungjawab untuk lebih daripada satu per empat daripada pemanasan global semasa. Ia merupakan bahan pencemar yang menggerunkan dengan potensi pemanasan global 80 kali ganda lebih tinggi berbanding CO2 dalam tempoh 20 tahun setelah ia dibebaskan ke atmosfera. Peningkatan dalam pemalar suria meningkatkan jumlah bersih tenaga suria yang diserap ke dalam atmosfera Bumi, [11] dan perubahan dari segi keoblikan dan kesipian Bumi meningkatkan jumlah bersih sinaran suria yang diserap ke dalam atmosfera Bumi.[11]

Rujukan

WikiPedia: Bumi Rumah Hijau dan Bumi Rumah Air Batu https://web.archive.org/web/20210418104911/https:/... https://web.archive.org/web/20211121183234/https:/... https://web.archive.org/web/20211121183223/https:/... https://web.archive.org/web/20211121183307/https:/... https://web.archive.org/web/20210418105458/https:/... https://web.archive.org/web/20181109070930/http://... https://web.archive.org/web/20211121183238/https:/... https://web.archive.org/web/20211121183225/https:/... https://web.archive.org/web/20211121183313/https:/... https://web.archive.org/web/20211121183226/https:/...